steadyaku47

Sunday 17 September 2017

Dr Radzi Jidin, Hobart, Australia : Bicara Malaysia

1. Dari malam tadi tersebar luas makluman tentang Sidang Media Khas Najib Razak yang akan diadakan di PWTC pada jam 4:45 petang ini.
2. Dimaklumkan juga bahawa Ahli-ahli Majlis Tertingggi UMNO diminta hadir. Disebut juga bahawa lawatan Zahid Hamidi ke Perlis dipendekkan kerana sidang media ini.
3. Pagi ini media membuat pelbagai ulasan tetang sidang media ini. Timbul pelbagai spekulasi.
4. Pihak media berada di PWTC menunggu apakah pengumuman yang akan dibuat. 
4. Akhirnya, sekitar 5:05 petang, Najib muncul. Berdiri di belakang adalah Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO.
5. Najib umumkan bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib kembali semula kepada UMNO. Itu sahaja!
6. Lihatlah bagaimana sesetengah dari kita menghormati masa. Bukan sahaja masa Najib dan Zahid, tetapi juga masa Ahli-ahli Majlis Tertinggi. Apatah lagi masa para wartawan!
7. Saya yakin ada di antara mereka yang rasa diperbodohkan. Sesungguhnya banyak lagi perkara penting yang boleh dilakukan dari menghadiri pengumuman tersebut.
7. Jika inilah tahap kepimpinan negara menghormati masa dan kesibukan orang lain, kemana sebenarnya mereka ingin membawa Malaysia?
8. Sepanjang hampir 20 tahun saya di Australia, belum pernah saya lihat pemimpin-pemimpin negara mereka membazirkan masa pelbagai pihak sehingga sebegitu sekali.



No comments:

Post a Comment