steadyaku47

Wednesday, 18 January 2017

Sopian Ahmad : Najib kelentung orang Baling.


Sopian Ahmad kata: 
Najib takes jab at ‘family interest-based’ PPBM report by Predeep Nambiar
Any party motivated by revenge and personal agenda will not last or succeed, says the prime minister.
KUALA KETIL (Kedah): Any political party premised solely on revenge and to pursue personal agendas will never succeed in Malaysia’s political arena, Prime Minister Najib Razak said today.
He singled out opposition party Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), which he said was a party with family interest at heart that would soon fizzle out.
“In our struggle, we cannot form a party that is motivated by disappointment, revenge, personal issues and family interests.
“If that is the basis of our ‘nawaitu’ (goodwill) – we form a party just because of our personal feelings – ‘nescayalah’ (trust me), it cannot last long. [FMT January 17, 2017]
Nota saya:
PM Najib, MB Bashah dan MP Rahim Azeez datang ke Kuala Ketil, dekat dengan kampong saya.Najib kata 23,000 orang hadir bersama dalam majlis itu. Saya tak tahu berapa orang hadir kerana tidak berada disitu.
DiKuala Ketil Najib kata: PPBM adalah sebuah parti politik yg bertujuan untuk membalas dendam dan mepunyai agenda persendirian dan tidak akan kekal dan akan gagal. Katanya PPBM juga sebuah parti untuk kepentingan keluarga dan akan hilang tak lama lagi.
Komen saya:
Saya kenai orang Baling kerana saya asal dari situ. kalu ada orang jemput pi makan dan ada sedikit temasya ramailah orang Baling keluar pi samada nak lihat, makan dan bersuka ria atau serious nak lihat pemimpin. 
Dulu dulu [13 May] bila 'curfew" pun orang Baling berduyun duyun keluar nak tengok! Jadi tak hairanlah kalau beribu orang hadir nak tengok najib, Bashah dan Azeez Rahim. 
Rasanya kalau Tun Mahathir, Tan Sri Muhyidin dan Dato Seri Mokhriz pi buat majlis di mana mana pun, dengan jamuan dan keramaian saya pasti beribu ribu juga akan hadir. 
Tak percaya pi buatlah pertunjukan free, bawa penyanyi dan wayang kulit di Baling tu, bagi pula makan free, berduyun duyun manusia datang!
Yang saya nak kata disini ialah hal parti politik berasaskan "dendam, agenda persendirian dan untuk kepentingan keluarga" seperti kata najib tu. 
Sebenarnya najib ni samada dia sengaja buat buat tak tahu atau dia dah tak ada point atau idea. 
Dia tu sendiri yang pi buat 1 MDB, masukkan duit RM2.6 Biliun, duit KWAP RM40 masuk kedalam akaun persendiriannya, isterinya berbelanja ratusan juta, anaknya dikaitkan dengan pembelian harta benda dan buat filem diAmerika dan duit 1 MDB diketahui dunia dah hilang dan hancur berbiliun liun dollars....nak kata PPBM berdendam dan untuk kepentingan keluarga? 
Siapa yang berkelakuan membiarkan ahli keluarga terlibat dalam urusan kerajaan ni?
Dan PPBM dok berdendam apa? Dengan siapa?
PPBM sedang berusaha, dengan parti pembangkang yang sehaluan, untuk menukar Kerajaan Msia yang kini dipimpin oleh Najib. 
Apa sebabnya kita nak tukar kerajaan?
1-GST dilaksanakan tanpa mengira keadaan susah yg dihadapi oleh Rakyat.
2-Kos sara hidup kini memuncak kerana harga barang melompat tanpa kawalan berkesan.
3-Nilai Ringgit menjunam merosakkan ekonomi negara kerana keyakinan awam luntur dek kerana kepimpinan najib yg lemah.
4-Rasuah berluasa; 1 MDB hanya satu kes teramat BESAR; KSU kena tangkap, Pegawai jabatan Tali Ayer Sabah ditemui melakukan money laundering, Pegawai DBKL mempunyai berjuta dan berpuluh buah condominium....senarainya panjang nak disebut disini.
5- Setiap tahun ada 200,000 Graduan universiti tamat pengajian. kata seorang bekas Vice- Chancellor pengangguran dalam kalangan mereka mugkin akan melonjak keangka 600,000 orang!!
6-FELDA, sebuah institusi yg memperkasakan tenaga ekonomi Bangsa Melayu, kini dah hampir bengrap kerana FGV yg ditubuhkan oleh usaha najib!
7- Hartabenda startegic Negara seperti IPP Edra dijual kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN),
8- Tanah Bandar Malaysia juga dijual kepada China Beijing.
Diatas perkara perkara diatas apakah response kerajaan pimpinan najib bila rakyat bertanya? 
A-Mengenai 1 MDB...dijadikan isu sub-judice!!!
B-Harta benda strategic negara terlepas ketangan orang asing..dikatakan foreign investments!!!
C-Barang Naik harga...menteri kata jangan beli!!
Entah apa apa mereka meracau sehingga seluruh rakyat jadi benci dan menderita!!
Ini yang dikatakan PPBM berdendam??
Tak munasabah! Dengan orang kampong diBaling bolehlah dia pi kelentung.
Lain kali, kita boleh berdebat diBaling mengenai Pengurusan Kerajaan, supaya orang Baling boleh dengar semua pehak secara adil.

No comments:

Post a Comment