steadyaku47

Friday 25 August 2017

Isu Bendera Terbalik : Masih Hangat di Indonesia.

NASIONAL
Gesa henti demonstrasi di Kedutaan Malaysia
Gesa henti demonstrasi di Kedutaan Malaysia
Fauzi (kiri) ketika pertemuannya dengan Adek, Selasa lalu.
    JAKARTA - INDONESIA. Kesemua ahli Laskar Merah Putih seluruh Indonesia digesa untuk tidak mengulangi demonstrasi di Kedutaan Malaysia susulan isu bendera Indonesia terbalik dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

    Penasihat Markas Besar Laskar Merah Putih, Datuk Dr Fauzi Mohamad berkata, demontrasi ini perlu dihentikan demi kebaikan kedua-dua negara.

    “Pada masa sama, Ketua Polis Negara (Malaysia), Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah berjanji akan menyiasat perkara tersebut.

    “Saya meminta kepada semua Laskar Merah Putih seluruh Indonesia untuk tidak mengulangi demonstrasi di Kedutaan Malaysia yang telah direncanakan bagi memprotes isu bendera terbalik berkenaan serta juga untuk menghormati saya sebagai Penasihat Markas Besar Laskar Merah Putih,” katanya yang juga Penasihat Pertubuhan Al Qalam Malaysia dan Indonesia.

    Selasa lalu, Fauzi telah bertemu dengan Ketua Umum Laskar Merah Putih, Adek Erfil Manurung bagi memohon maaf bagi Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada seluruh rakyat Indonesia mengenai isu bendera terbalik.

    Fauzi berkata, dalam pertemuan tersebut turut memutuskan permohonan maaf yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih belum cukup untuk memuaskan hati rakyat Indonesia.

    Sementara itu, Adek pula mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘turun’ sendiri ke Indonesia untuk memohon maaf berkenaan isu bendera terbalik.
    Adek turut memaklumkan sekiranya Najib gagal berbuat demikian, kumpulannya akan melakukan lebih kerap demonstrasi dan akan disertai ribuan anggota


    DEMI ALLAH.SAYA LAKUKAN INI DEMI DUA NEGARA MALAYSIA DAN INDONESIA.DAMAILAH BANGSAKU.JIKA TIADA YG MAHU DATANG KE INDONESIA.BIAR SAYA YANG LAKUKAN.



    No comments:

    Post a Comment