steadyaku47

Tuesday 3 April 2018

Kamal Hisham Jaafsr : "Baginda adalah orang terakhir di dunia yg saya nak pilih sbg rakan kongsi niaga".


Update kes Kamal Hisham Jaafar
Hari pertama pembelaan tamat jam 4 ptg tadi.
Dlm masa 1 jam, Kamal Hisham Jaafar menyambung keterangan bela diri beliau secara bersumpah dari kandang saksi. 
Segala apa yg beliau katakan adalah benar, tiadalah yg tidak benar, melainkan benar belaka.
Apa kesan sumpah ini?
Jika beliau memberikan kenyataan bohong, beliau boleh di sabitkan dgn jenayah kesaksian bohong (perjury) dan hukumannya penjara 7 tahun. 
Kamal di tanya dlm pemeriksaan utama, adakah sesuatu yang mudah apabila menjadi rakankongsi perniagaan dengan DYMM Sultan Johor?
Kamal menjawab : 
"Jika di beri pilihan, Baginda adalah orang terakhir di dunia yg saya nak pilih sbg rakan kongsi niaga. Baginda tak pernah keluar duit sesen pun utk perniagaan Southern Ads Sdn Bhd ini tetapi duit syarikat semuanya baginda buat macam harta peribadi baginda. Baginda setiap 3 bulan akan meminta duit minima RM500k secara tunai dari syarikat dan tak sesiapa berani mengatakan tidak kpd setiap kali permintaan baginda. Baginda juga pernah mengarahkan syarikat SASB utk membeli tunai satu unit kondominium berharga RM450k utk salah seorg puteri baginda. Walaupun pembelian itu tiada kaitan dgn syarikat tetapi saya selaku pengarah syarikat tidak berani membantah titah Tuanku. Ini termasuklah baginda mengarahkan pengeluaran duit RM20k setiap bulan di buat secara tunai kepada akauntan baginda bernama Ong Eng Leong untuk di serahkan kpd bini muda kedua baginda sbg elaun. Semua ini tiada kena mengena dgn urusan syarikat tetapi apabila baginda bertitah utk menggunakan duit syarikat utk membayar semua perbelanjaan peribadi baginda, saya tiada pilihan melainkan menurut titah krn bimbang baginda murka."
Perbicaraan ini bersambung esok jam 9.30 am di Mahkamah Sesyen 1 Johor Bahru di Tingkat 5.
MAHKAMAH TERBUKA KPD ORANG AWAM
Boleh datang dan dengar sendiri semua kenyataan membela diri oleh Kamal Hisham Jaafar yg di tuduh atas 17 pertuduhan pecah amanah dan AMLA.
Beliau telah merengkok di penjara ulu choh hampir 1000 hari dan di nafikan hak bersolat jemaah di dalam penjara.
Semua ini boleh di kongsi dan di tularkan kerana ini bukan kenyataan fitnah. Ini adalah kenyataan saksi di mahkamah terbuka yg boleh di laporkan oleh mana2 media dan orang awam.
Jadi kenapa nak takut?
Kalau takut kenapa suruh Kamal membela diri di kandang saksi?
Tanggung la sendiri.
Ini game konda kondi kami budak kampung.
Kamu pergi la main kriket kat kayangan tu.
Manusia tiada kuasa apa2.
HANYA ALLAH YANG BERKUASA


BHARIAN.COM.MY
JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini, memerintahkan peguam kontroversi, Kamal Hisham Ja'afar, 47, untuk membela diri terhadap 17 pertuduhan membabitkan pecah amanah,…



No comments:

Post a Comment