steadyaku47

Tuesday 1 August 2017

cakap cakap...Dilemma Bangsaku



Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....

Semoga berguna:
Kisah 1:
Seorang Cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran Si Melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?
Jawapan Cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan. Bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."
Kisah 2:
Seorang Melayu pergi membeli di kedai Cina yang buruk, hanya untuk melihat anak gadis tuan kedai yang cantik itu. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?
Jawapan Cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula.
Kisah 3:
Pihak AJK Masjid mahu mengubahsuai masjid mereka, bajet hanya 20 ribu je. Dicari nya kontraktor Melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Baget hanya 20 ribu je ...ciput je katanya ..mana cukup. Pihak AJK masjid mencuba pula dengan kontraktor Cina. Terkejut AJK kerana kos ubah suai hanya 12 ribu je.
Jawapan cina,"Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."
Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?
Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar ….
Mari kita berubah dan mengubah...
Ini bukan politik. .. ini isu bangsaku.

author unknown





No comments:

Post a Comment