Bahagian 2.
Kita tidak mahulah berkata- kan saya dah beritahu? Masaalah nya, ramai sangat pemimpin PAS melupakan karakter Najib yang sebenar. Mungkin kerana ramai pemimpin mereka di gula2kan oleh pegawai2 najib.
Mungkin ada kebenaran bahawa pemimpin PAS menerima RM90 juta atau lebih. Wang dalam tangan tidak tahu ianya berada dalam tangan tok lebai, ustaz, ketua geng 04, ayahanda bonda dan sebagainya.
Ada yang melawat keluar negara- berlibur di Afrika Selatan dan Eropah. Sekelip mata ada wang yang banyak dan boleh beli kereta yang harga hampir RM600 ribu dengan tunai. Ada yang menikmati keseronokan hidup sekular diluar negara. Mereka lupa kepada kerendahan diri dan kabur untuk melihat karakter Najib yang sebenar.
Bukan nya karakter yang dicipta secara artifisial oleh pegawai2 hubungan awam nya- sama ada mantan pegawai TV3 atau PR consultants dari Eropoh atau USA. Pemimpin PAS sepatutnya mengkaji karakter Najib dari sejarah nya.
Sekarang bila Najib terang2 menyatakan tidak membentang dan tidak menyokong usul RUU355, beranikan sesiapa dalam PAS mengatakan Najib terkeluar agama, tergelincir aqidah, dan bila mati kelak, dikebumikan di jirat Cina? Istiharkah lah, semua hendak dengar.
Malah, sebagai reaksi menyelamatkan air muka, ustaz Nik Abduh kata dia faham kedudukan PM.
Saya sudah beritahu- yang memberi title tuan guru, tok guru, murrabbi adalah mereka sendiri dan sesama mereka. Gelaran dan title berjela dan hebat, tapi akal tidak sama panjang dan bijak.
Sejak 2009 menjadi PM, karakter Najib yang sebenar terserlah. Dari teriakan bahawa zaman kerajaan besar sudah berlalu, Najib menunjukkan bahawa dia semakin draconian dan diktator. Undang2 yang menzalimi rakyat biasa seperti POCA, POTA, SOSMA dan mutakhir sekali National Security Council Act di ujudkan oleh Najib untuk menekan rakyat.Tidak seorang pun pemimpin PAS bercakap mengenai penangkapan dan pemenjaraan Siti Noor Aishah dibawah akta2 ini.
Dalam tahun 2012, Najib menyenaraikan FGV yang bermaksud merampas asset dari FELDA dan peneroka. Nasib peneroka terumbang ambing kerana asset tangible mereka seperti tanah dan kilang, jentera ditukar kepada saham yang intangible. Nasib peneroka diperjudikan dalam pasaran saham.
Ianya menunjukkan Najib cuai menjaga nasib peneroka. Skendel 1MDB menunjukkan bahawa Najib seorang yang menggunakan kuasa untuk mencuri wang, menipu dan berbohong dan tidak amanah, tidak jujur. Duit RM4 billon dari KWAP lesap. Projek2 di jalankan dengan harga yang di inflasikan berlipat ganda.
Kesemua ini membayangkan karakter Najib yan tamak haloba dan yang paling releven kepada PAS ialah Najib seorang yang tidak boleh dipercayai. Adakah pemimpin PAS jantan untuk mengatakan Najib seorang munafik?
Ini suatu perkara yang berat- sebab jika Najib seorang munafik, maka PAS yang menyokong nya juga orang2 munafik.
At Tawbah: 67
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Lelaki dan perempuan yang munafik sama antara satu sama lain. Mereka menganjurkan kemungkaran dan menegah ma’ruf dan tangan mereka tertutup. Mereka telah melupakan Allah jadi Dia melupakan mereka. Sesungguhnya golongan munafik adalah golongan yang tersangat ingkar dan fasik.
Tapi itu semua diketepikan oleh pemimpin PAS dan kenalah mereka berjawab kepada ahli mereka sendiri. Bererti PAS dipimpin oleh mereka yang orang Islam tidak boleh percaya dan diberikan amanah.
Di dalam al Quran 3:75 menyebutkan;
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan diantara ahli kitab jika engkau percayakan harta yang banyak, niscaya dia akan mengembalikan kepada mu. Tapi ada pula dintara mereka yg jika engkau percayakan hanya satu dinar, dia tidak akan mengembalikan nya kecuali engkau selalu menagih kepada nya. Ini adalah kerana mereka mengatakan tidak ada dosa dan tanggung jawab kami kepada mereka yg ummi dan buta huuf. Mereka mengatakan hal yang dusta kpdAllah, pada hal mereka mengetahui.
PAS sebetulya tidak peduli kepada penyokong nya yang sebahagian besarnya dianggap oleh pimpinan PAS sebagai tidaklah cerdik walaupun taat beragama.
Saya mengajak penyokong PAS menolak pemimpin yang anggap penyokong nya bodoh dan oleh yang demikian tidak perlu bertanggung jawab keatas mereka. Anggaplah mereka semua bersubahat dengan Najib menjahanamkan negara.Ingatlah keIslaman kita tidak memerlukan pensijilan daripada pihak ke-3.
– http://sakmongkol.blogspot.my
No comments:
Post a Comment