steadyaku47

Tuesday, 17 April 2018

Mariam Mokhtar : Umno-Baru kata makna DAP ia lah “Depa Aku Pantang.”


Pemimpin dan penyokong Umno-Baru kata makna DAP, ia lah “Depa Aku Pantang.”

Pada anda dan saya, makna DAP ia lah “Democratic Action Party”.
Tapi pada pemimpin, dan penyokong Umno-Baru, makna DAP, ia lah “Depa Aku Pantang.”
Masa kita budak-budak dulu, ingat tak mak bapak keriau, “Hari dah senja. Cepat masuk rumah, kalau tak, hantu* sorok nanti.”
Dah tua-tua ni, kita masih dengar cerita hantu. Kali ni, cerita hantu di bawa oleh pemimpin Umno-Baru, dan juga PAS.
Cerita nya pulak, DAP parti yang akan musnahkan orang Melayu, dan Islam.
Umno-Baru sengaja-ngaja buatkan kita takut pada DAP. 
Ketakutan ini tak ada logik, macam ketakutan kita pada hantu.

Penduduk Malaysia, 69% orang Melayu/Bumiputera, cuma 23% orang Cina.
Yang pegang jawatan utama, dalam kerajaan, dan GLC, ia lah orang Melayu.
Yang penuh dalam kabinet tu, orang Melayu.
Seperti juga, ketua jabatan, universiti, Bank Negara, angkatan tentera, polis dan misi diplomatik. Semua nya Melayu. Kebanyakan pemegang biasiswa adalah Melayu.
Tetapi, pemimpin yang, salahgunakan duit rakyat, dan yang menipu rakyat, ialah orang Melayu. 1MDB. Skandal NFC, dimana duit rakyat di guna, untuk beli condo, bukan beli lembu, untuk, penternak haiwan.
Ingat tak cerita dongeng, derma dari “Putera Arab,” sebanyak 2.6 bilion ringgit. Dakwaan penjualan tanah, Kementerian Pertahanan, FELDA, MARA, KWSP, KWAP, Petronas, Proton, MAS, Tabung Haji dan JAKIM.
Orang Melayu yang boss, dalam semua pertubuhan ni.
Jadi, apa yang Umno-Baru, takut sangat DAP?
Dalam cerita hantu zaman moden ni, hantu sebenar, ialah beberapa pemimpin Melayu. 
Mereka yang kuat makan rasuah dan menipu.
Kuasa, di tangan anda.
Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment