steadyaku47

Friday 26 August 2016

Sopian Ahmad : Apa dia itu Bangsa?



Saya agak terkejut membaca perdebatan mengenai "bangsa Johor."

Selama ini saya tidak pernah menyedari bahawa kita ada "bangsa Kedah, bangsa Perak atau bangsa Perlis atau bangsa Malaka atau bangsa negeri Sembilan."

Selama ini saya hanya menyedari dalam sanubari saya bahawa kita adalah sebagai Bangsa Melayu. Bangsa Melayu ini pula termasuklah mereka yang hidup diFilipina, Indonesia, Brunei, Sebahagian dari Thailand, cambodia dan juga Singapora. Seluasnya lagi saya menyedari Bangsa Melayu ini termasuk juga orang Maori di New Zealand dan kepulauan Pasifik sehingga ke Madagascar. 

Pada saya itu ertinya BANGSA. Dan kepada saya Johor, Kedah, Perlis atau Perak adalah nama NEGERI. 

Selama ini, bila saya memandang Timur Tengah saya nampak orang Mesir, Saudi, Libya, Iraq atau Syria sebagai orang Berbangsa Arab dan kerakyatan mereka mengikut negeri masing masing. Tidak pula saya menyedari bahawa dunia ini mempunyai Bangsa mesir, Bangsa Iraq, Bangsa Kuwait dan sebagainya.

Dengan timbulnya concept Bangsa Johor atau Bangsa Kedah atau Bangsa Perlis ini kita orang Melayu kena lihat kembalilah buku buku sejarah disekolah dan universiti kita.

Sementara itu saya amatlah bersimpati dengan DYM Baginda Sultan Johore dan juga dengan Ayahanda Tun Dr. Mahathir yang sentiasa berusaha untuk membawa kemajuan, keamanan dan kemakmuran kepada negara kita Malaysia.

Semoga kita semua mendapat petunjuk dari Allah dalam mencari kebahgiaan diDunia dan Akhirat.



steadyaku47 comment : Saya setuju dengan saudara Sopian pasal saya bangsa yang ada otak dan boleh berfikir. 

No comments:

Post a Comment