steadyaku47

Saturday 13 August 2016

Sopian Ahmad : On Najib's "Saya bukan diktator".



“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang dipilih secara demokrasi, yang membuat keputusan secara bersama.

"Saya bukan 'one man show', Saya bukan diktator," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tangga Batu di Melaka hari ini.” [Malaysiakini]

Perhatian saya:
Orang Melayu terutamanya yang duduk dikampong kampong kena faham perkara macam ni bila berfikir tentang politik.

Sudah menjadi tabiat pemimpin Melayu Malaya, membuat keyataan melalui syarahan, surat khabar, tv dan radio atau sekarang ini diface book.... itu sajalah! Mereka duduk dibandar bandar besar, kerja mereka ialah buat kenyataan yang biasanya disiapkan oleh pegawai mereka. 

Depa ingat dengan membuat kenyataan itu dah lah! Dah siap lah kerja depa. Lepas tu depa bergenjak kepada isu lain. 

Lepas buat kenyataan, melenggang lenggok balik kerumah jumpa anak bini, rasa lega kononnya dah buat kerja untuk hari itu.

Macam kenyataan diatas tu lah: Saya bukan diktator!

Amboih! Bukan main lagi!


Tapi yang pi tendang keluar Tan Sri Muhyidin tu menatang apa?

Yang pi tenyeh Dato seri Mokhriz tu apa dia?


Yang pi sepak keluar Dato Shafie Apdal tu lagu mana?


Orang cakap menentang sikit, hang tonyoh keluar. Lepas tu hang buat statement: aku bukan diktator?

Hang kata telah dilantik secara demokrasi. Awat Dato Seri Mokhriz, Datuk Shafie dan Tan Sri Muhyidin tu tak dilantik ikut demokrasi ka?


Buat kerja lagutu bukan kerja diktator ka?

Hanya kerana buat kenyataan, hakikatnya belum terbukti. Orang Kampong kena tengok elok elok. Jangan dok hanya dengar atau baca apa pemimpin kata. Timbang dan fikir. Buat penilaian dengan informasi yang betul. Buat penilaian, buat bandingan. Baru pangkah!

No comments:

Post a Comment