steadyaku47

Sunday 25 February 2018

The Two Tuns in Bangsar.


Pagi ini pengunjung berbilang bangsa di Restoran Daun Pisang Bala di Bangsar di kejutkan dengan kehadiran Tun dan Tun Siti.
Manakala kedua dua Tun pula di kejutkan dengan reaksi spontan kesemua pengunjung yang berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada kedua pasangan tersebut.
Apakah yang mencetuskan reaksi yang sedemikian rupa?.
Ianya tidak lain adalah manifestasi dan demonstrasi (atau lebih tepat lagi LEDAKAN) luahan perasaan serta emosi rakyat yang terbuku dan terpendam selama ini. Rakyat Malaysia yang selama ini berasa bagaikan lumpuh tanpa mampu berbuat apa apa melihat Najib dan Umno bermaharajalela melakukan kemungkaran demi kemungkaran tanpa sezarah rasa segan, malu dan jauh sekali rasa takut. Sambil rakyat segenap lapisan mengharungi kehidupan yang semakin tertekan dan membebankan.
Dan kehadiran Tun di restoran tersebut pagi ini sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan di lihat sebagai cahaya di penghujung terowong yang gelap, sejuk dan panjang. Membawa kelegaaan, harapan dan semangat baru. Yang Malaysia bukan sekadar akan kembali pulih tetapi akan mencapai wawasan yang di impi (dan di usahakan) Tun selama ini. In sha ALLAH.
PS..lagi Foto sila ke wall abang Firdaus Abdullah.
Credit to Mohamad Mohd Hanizam Yunus






No comments:

Post a Comment