steadyaku47

Monday 26 December 2011

Azmin Ali – “Selamat memegang kuasa”



Ini bukan satu usul demokrasi yang ada dalam PKR. Sebarang usul corak dan cara demokrasi dalam PKR adalah ilusi semata-mata. Demokrasi dalam PKR adalah demokrasi yang terbantut dengan campur tangan kepimpinan keliling Anwar Ibrahim. Hairan, tidak ada rasa malu dengan pengamalan tidak demokratik tetapi melaungkan demokratik. Ramai kepimpinan lain – dalam sirkulasi kepimpinan tertinggi tahu bahawa kronisme adalah budaya tertinggi dalam PKR. Budaya kronisme ini semakin menular sehingga mereka yang berada dalam PKR sedar tetapi kelu untuk keluar bersuara.

Bantahan akan menyebabkan seseorang itu terus dilabel sebagai dibayar oleh UMNO. Ini kekuatan propaganda mereka. Mereka bertindak cepat untuk menghukum sebelum sempat individu itu bangkit menyatakan kepincangan terhadap apa yang berlaku dalam PKR. Apa yang ada dalam PKR adalah ahli-ahli yang baru – sedang yang lama semakin mengikut tetapi tidak terlibat. Pelajar dan mahasiswa hari ini akan terus melalui proses kekecewaan mereka yang pernah berada dalam PKR sebelum ini.   
Kronisme dalam PKR mempunyai perlambangan yang jelas – Azmin Ali adalah perlambangan kronisme – kehadiran Presiden dan Naib Presiden adalah perlambangan yang amat jelas. Hentaman demokrasi juga ada perlambangan yang jelas – pemilihan dalam PKR amat jelas menunjukkan bahawa demokrasi yang ada adalah demokrasi interpretasi sendiri.
Keadaan kecil mengenai apa yang berlaku – titik dan benih rasuah dan lebih buruk lagi amalan yang kononnya menghalalkan kronisme kerana mahu kekukuhan menentang UMNO boleh dilihat sedang berlaku dalam PKR. Isu yang kecil seperti dalam :
adalah benih-benih subur korupsi dan kronisme dan nepotisme yang semakin membuat. Namun askar-askar PKR hanya dihidangkan berterusan dengan masalah dalam UMNO untuk menutup kesuburan perkara-perkara negatif dalam PKR.
Lari dari struktur
Melihat perkembangan akhir-akhir ini – membiaknya NGO dalaman PKR, menunjukkan bahawa tindakan menggunakan struktur parti semakin malap. Solidariti Anak Muda Malaysia adalah usaha melarikan perjuangan dari struktur Angkatan Muda Keadilan yang sudah tidak lagi dapat meyakinkan mereka. NGO Jingga 13 juga bertindak berasingan dan banyak lagi NGO yang terbit menunjukkan struktur parti tidak lagi digunakan tetapi apa yang dilakukan adalah perjuangan melibatkan hak rakyat.
Kita dapat lihat keruntuhan AMK akibat mainan dan campur tangan politik Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Ini bukan sesuatu yang asing. Ini adalah hakikat dan mereka yang mahu terus dalam mencapai kejayaan dalam parti itu adalah melalui asosiasi dengan Azmin dan Anwar.
Anak muda hari ini – Solidariti Mahasiswa Malaysia juga hari ini ghairah membicarakan tentangan terhadap kerajaan – hanya merupakan suara pincang kepimpinan PKR yang mahu mengambil anak muda baru menggantikan yang lama yang sudah tahu apa yang berlaku dalam PR.
Azmin Ali adalah kepimpinan yang akan terus menjadi orang terkanan Anwar Ibrahim. Apa sahaja yang dilakukan – menentang Khalid Ibrahim dan menolak mereka yang lain dalam kepimpinan cabang yang tidak sehaluan dengan akan disokong oleh Anwar Ibrahim membabi buta.
Namun ramai yang baru mengenali PKR akan terus tertipu sebagaimana ramai antara kita yang telah mengetahui parti siapa PKR itu.

No comments:

Post a Comment