steadyaku47

Friday 13 November 2015

Council of Elders : "Mahathir, Tun M, Chedet, Marina’s dad, Mokhzani’s dad, Mukhriz’s dad, Mirzan’s dad and Siti Hasmah’s hubby".


steadyaku47 comment : A good read from: The Antics of Husin Lempoyang.



Khamis, November 12, 2015

Ahli-ahli anggota "Council of Elders"


Kenyataan Tawfik Tun Dr Ismail yang dilaporkan The Malaysian Insider sini mendedahkan hasrat Tun Dr Mahathir untuk bawa satu gagasan baru dalam pentadbiran negara.

Selain dari perlu menjawab kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan rakyat melalui Parlimen, PM dikehendaki dengar dan seharusnya terima nasihat "Council of Elders".

Kata Mahathir, beri panduan dan nasihat yang berlainan. Maka bolehlah dijangka nasihat orang tua-tua ini adalah mereka yang lama makan garam.

Walaupun orang sekarang jaga kesihatan dan kurangkan makan garam, dipercayai pengalaman boleh elakkan yang masih makan garam dari buat silap.

Mereka boleh belajar dari kesilapan yang lepas dan kejayaan yang lalu dalam menghadapi cabaran baru yang tidak pernah dilalui mereka.

Tidak kiralah orang dulu hanya makam garam biasa berbanding dengan pelbagai macam garam seperti KI, seasalt, kosher salt, organic salt, celery salt, garlic salt, herbal salt, dll yang diguna sekarang.

Siapa pula mereka-mereka yang lama makan garam, banyak buat kesilapan lepas untuk beri panduan, dan bakal anggotai majlis tersebut?

Menurut penganalisa politik akhbar The Star Joceline Tan di sini, ahli-ahlinya terdiri dari "Mahathir, Tun M, Chedet, Marina’s dad, Mokhzani’s dad, Mukhriz’s dad, Mirzan’s dad and Siti Hasmah’s hubby".

Wow! Ramai itu ...pasti terselamat kita

 



One telling comment of the above  from "Tanpa Nama" says..."Saya yakin 8 ahli2 tu tak akan pecah belah!"


 

No comments:

Post a Comment