steadyaku47

Tuesday, 29 November 2016

Sopian Ahmad : Apa kena mengenanya nilai wang negara dengan kelakuan pemimpin?


Satu perhatian politik yang amat consistent ialah apabila pemimpin sesebuah kerajaan itu rasuah, salahgunakan kuasa, menggunakan undangundang negara untuk mempertahankan perbuatannya yang salah maka kesannya ialah kejatuhan nilai wang negaranya.

Mengapa? Apa kena mengenanya nilai wang negara dengan kelakuan pemimpin?
Kerana apabila keutuhan undang undang tidak dihormati, credibiliti pemimpin dan kerajaan keseluruhannya terhakis dan tumbang.

Apabila kredibiliti kerajaan itu runtuh maka luruhlah keyakinan orang terhadap mata wang negara itu.

Integriti, kelakuan dan perangai pemimpin itu dipersoalkan.

Apabila orang tidak yakin, tidak percaya, maka mereka bawa keluar wang pelaburan mereka dari Negara, pelabor baru takut nak masuk; kerana mereka bimbang dan takut tak dapat balik keuntungan atau wang modal mereka ratusan juta itu!

Itulah yang sedang berlaku kepada Ringgit Malaysia hari ini.

Oleh kerana kita banyak mengimport barang dan nilai Ringgit makin tak laku, makanya harga barang pun naiklah.

Bila duit ringgit kita jatuh nilai, kita kena serahkan lebih banyak duit itu kepada penjual untuk mendapatkan barang yg dulunya boleh dibelikan dengan duit yg jauh lebih kecil. Dulu duit kecil pun dah cukup nak beli barang. Sekarang dah tak cukup, walaupun barangnya sama.
Sebab itu kita kena tukar kerajaan yang ada. Semua pemimpin yang ada dalam kerajaan hari ini amat tidak meyakinkan.

Kita kena gantikan mereka dengan orang yg berintegriti, amanah dan tahu mengurus pentadbiran kerajaan dengan baik.

Dengan itu keyakinan orang terhadap matawang Ringgit kita kembali teguh. Nilainya akan naik semula. Harga barang pun tidaklah naik melangit macam sekarang.

No comments:

Post a Comment