steadyaku47

Thursday 21 October 2010

Aku Rasa

January 29

Aku Rasa...


Aku rasa marah pada…

1. Mereka yang suka parking kereta secara tidak betul.
2. Mereka yang selalu memandu secara perlahan di lorong laju.
3. Mereka yang suka potong queue.
4. Mereka yang bercakap kuat bila guna telefon bimbit.
5. Mereka yang merosakkan kemudahan awam.
6. Mereka yang tidak tepati janji.

Aku rasa benci pada…

1. Orang yang suka menipu.
2. Orang yang tidak tahu berterima kasih.
3. Orang yang buang sampah merata-rata.
4. Orang yang selalu cari kesalahan orang lain.
5. Orang yang suka mengumpat dan mengeji.
6. Orang yang berlaku atau bercakap biadap.

Aku rasa sedih bila…

1. Melihat orang menangis sebak dan teresak-esak.
2. Melihat orang tua yang bersendirian.
3. Melihat binatang diseksa atau dipukul.
4. Melihat orang tidak cukup duit untuk membayar sesuatu.
5. Melihat orang putus cinta atau bercerai.
6. Melihat orang berusaha keras tapi hasil tidak seberapa.

Aku rasa suka bila…

1. Melihat pasangan bercinta bermesra dan bermanja di khalayak ramai.
2. Melihat raut wajah gembira mereka yang sedang melangsungkan perkahwinan.
3. Melihat ibu bapa tersenyum pada anak-anak.
4. Melihat mereka mendapat hasil yang diharapkan selepas berusaha gigih.
5. Melihat mereka yang suka menahan atau membuka pintu untuk orang lain.
6. Melihat mereka yang suka berkata ‘terima kasih’ atau ‘minta maaf’.

 

3 comments:

  1. Entah lah Pak...kan saya di sini...jauh dari hutan rimba...bersama dengan kangeroooo dan aborigines!

    ReplyDelete
  2. Lebih berkawan dgn abo dari berkawan dgn manusia yg rakus dan zalim :)

    ReplyDelete