steadyaku47

Monday, 13 June 2016

Sopian Ahmad : Siapa yang nyanyok?


"KUALA KANGSAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih baik Tun Dr Mahathir Mohamad menutup mulutnya daripada bercakap mengenai orang lain. Timbalan Perdana Menteri berkata, jika Dr Mahathir terus bersuara, orang akan berkata bekas Perdana Menteri itu akan dikatakan sudah nyanyuk." [Berita Harian]

Renongan saya:
Cuba kita lihat apakah yang diperkatakan oleh Tun Mahathir.

1-1 MDB yang ditubuhkan oleh Najib tidak perlu bagi negara kerana syarekat itu telah berhutang sebanyak 50 Billiun dan kini dalam kesukaran membayar hutang tersebut.

2-Wang berkaitan dengan 1 MDB telah dimasukkan kedalam akaun bank yang bukannya kepunyaan 1 MDB atau rakan perniagaannya. Akibatnya wang itu entah kemana.

3-RM2.6 Biliun didapapti berada dalam akaun persendirian najib Razak.

4. Wang 40 juta dari syarekat SRC yg meminjam 4 Biliun dari KWAP didapati berada dalam akaun persendirian najib razak.

5-Kerajaan Singapura, France, Switzerland, Amerika Syarekat dan HongKong sedang menyiasat kegiatan "money laundering" berkaitan dengan 1 MDB ini.

6- GST yang sedang menindas orang miskin.

7-Hutang negara yang berlipat kali ganda sejak najib memimpin kerajaan yg kini dah jadi lebih 50% dari GDP negara.

8- Kehidupan keluarga PM amat boros dan tidak mengambil kira keadaan ekonomi rakyat jelata.

Lihat, fikir dan buatlah analisa adakah isu isu ini dibuat buat oleh Tun Dr. Mahathir atau telah terserlah didepan mata kita semua?

Dan rumuskanlah sendiri : nyanyokkah orang yg berbicara isu seperti ini sekarang?

Atau orang yg kata Tun dah nyanyok itu sebenarnya bertujuan untuk menutup isu sebenar yg dihadapi oleh rakyat jelata. 

Jadi siapa yang nyanyok?

Kepada pengundi, fikirlah dalam dalam. Tidak susah kita menilai siapa yg berkata benar dan jujur dan siapa yang berniat mengelirukan rakyat untuk menjaga kepentingan dan kejahatan mereka. 

Buka lah minda dan selamatkanlah negara kita ini.

No comments:

Post a Comment