steadyaku47

Friday 26 February 2016

Sopian Ahmad : Pemimpin Malaysia hari ini sudah tak betul. semua rakyat tidak perlu lagi menyukong mereka. Rakyat Malaysia, demi kesucian hidup, perlulah menegakkan prinsip amanah, kejujuran, undang undang, dan budiperkerti mulia.


Saya cuba nak faham gelagat dan tingkah laku pemimpin UMNO sekarang. Cuntohnya YB Nazri berkata YB Muhyidin kenalah sokong President. Kalu tak boleh sokong President, Muhyidin kenalah letak jawatan Timbalan President. Kerana jawatan Timbalan President itu tanggugjawabnya adalah menolong President.

Nazri juga berkata pemimpin UMNO adalah satu tim. kalau Muhyidin tidak boleh bekerjasama sebagai satu tim jadi dia kena letak jawatanlah atau pun dia hendaklah diambil tindakan dan disingkir.


Sekali imbas, hujah seperti itu nampak macam betul. Tetapi bagi yg berfikir dengan matang, bila terdapat sesuatu prinsip parti dilanggar atau tidak dihormati oleh pemimpin seperti President parti maka tidak munasabah semuanya patut terus menyokong hanya kerana mereka terdiri dalam satu tim!

Tim itu memanglah penting. Tetapi sekiranya ada yg tak betul perlulah yg lain melarang, menegur, membantah. Takkanlah hanya terus menyokong membuta tuli.

Case UMNO sekarang begitu terserlah kesalahannya. Seluruh dunia boleh nampak dan faham ada sesuatu yg tak betul.

Manalah orang nak percaya tak ada sesuatu yg tak betul bila RM2.6 biliun dijumpai berada dalam akaun persendirian President. Mulanya cuba didiamkan. Bila ditanya tak menjawab. Bila ditekan orang ramai, terkeluar cerita derma. Orang tanya derma dari mana? Dia bilang rahsia. Ditekan lagi dia kata Arab.Tanya Arab mana. diam! Tekan tekan dan tekan, bunyi kata anak raja Saudi. Tapi orang Arab diSaudi kata tak ada derma pun. Katanya mungkinlah pelaburan. Kalu bercakap macamtu siapa nak percaya?

Pun YB Nazri nak kata kita semua kena sokong President juga?
Kemudian, diadakan siasatan. Siasatan tu pun nampak macam batuk ditangga saja. Kalu orang ramai tak bising mungkin siasat ambil syarat sudahlah.

ditengah jalan siastan tu, Peguam Negara dipencenkan! Diganti dengan penyokong President!

Anggota Account Committee di Parlemen diangkat jadi menteri, PAC tu pun berkecai! ganti orang lain yg sokong President.

Pegawai polis yg bekerja diMACC menyiasat tentang rasuah ini ditukar ketempat lain. Takkanlah pemimpin UMNO tak tertanya MENGAPA?

Pemimpin UMNO yg lain masih tak nampak juga ada sesuatu yg tak kena? Tak nampak atau mereka bersyubhat?

Bukan case 2.6biliun tu saja. Ada pula RM42 juta duit juga termasuk kedalam akaun persendirian president dari anak syarekat bernama SRC. Syarekat tu pula dah ambil pinjaman RM4 Biliun dari KWAP atau tabung Pencen.

RM42 juta dimasukkan kedalam akaun persendirian President, YB Nazri nak kerah ahli UMNO lain berdiam diri dan terus sokong President atas nama tim? Dan kalu ada yg membangkang nak dikira orang tak tahu bekerja sebagai tim?

Dalam keadaan begitu Timbalan President kena dok sokong President juga? Parti apa lagu tu? Politik apa lagu tu?

Kita nak tengok pemimpin berjuang menegakkan kebenaran. Kita hendakkan pemimpin yg jujur, amanah dan boleh dipercayai.

Yang kita ada sekarang ni apa sifat mereka bila melihat kemungkaran berlaku?

Pemimpin Malaysia hari ini sudah tak betul. semua rakyat tidak perlu lagi menyukong mereka. Rakyat Malaysia, demi kesucian hidup, perlulah menegakkan prinsip amanah, kejujuran, undang undang, dan budiperkerti mulia.

Wakil rakyat seperti YB Nazri melawan, merendah rendahkan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyidin, Shfie Apdal dan Tan Sri Rafidah kerana mereka menentang apa yg dilakukan oleh President UMNO adalah tidak betul.

Pengundi Malaysia kena faham perkara seperti ini.

No comments:

Post a Comment