steadyaku47

Sunday 7 September 2014

cakap cakap pagi Ahad...Fauzi Abdulrahman...A Schoolmate, a Friend, a Politician...a Good Man!



Hari ini sesungguhnya kesibukan luar biasa. Pagi2 telah ke dua buah kampong melaksanakan program bantuan kepada mereka yang terdedah dengan malapetaka seperti banjir dll.
Kemudian hamba ke Pusat Dagangan Indera Mahkota bersama meresmikan pameran peniaga2 Bumiputra. Salepas beberapa rumah jemputan kahwin, hamba menziarah seorang sahabat yang uzur.
Pada waktu malam, hamba bersama isteri dan cucu sulung makan malam di Restoran Rizqi di IM8. Bila hamba nak bayar bil, Lan, towkay kedai kata ada orang sudah bayar.
Hamba pergi kemeja beliau yang bayar bil dan ucap terima kasih dan bertanya khabar. Hamba tidak kenal hamba Allah ini, tetapi apabila hamba bertanya apa kerjanya, beliau katakan bahawa dia adalah seorang pemandu lori milik seorang saudagar.
Maha suci Allah, seorang pemandu lori belanja makan malam hamba bertiga...begitulah jika Telah di Kehendaki olih Allah.
Ya Allah, Hamba bersyukur dengan Mu dan pohon agar Dikau permudahkan urusan hamba Mu itu....amin.
Bab kata orang Inggeris, "Allah has so many ways of giving.....and thank you Allah!!"

No comments:

Post a Comment