FRIDAY, OCTOBER 21, 2011
TERKINI!! Demo Aziz Bari: Pintu Masuk Utama Ditutup
TERKINI!!
Berita yang baru diterima dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus utama di Gombak, Selangor.
Pintu utama yang menuju ke dalam kampus kini sudah dikawal ketat oleh petugas keselamatan universiti dan juga kelihatan berpuluh-puluh polis berpakaian preman, dipercayai Special Branch aka Siput Babi sedang mundar-mandir di perkarangan masjid, tempat dijadualkan mahasiswa dari seluruh Lembah Klang berkumpul menyatakan sokongan terhadap profesor Abdul Aziz Bari yang digantung perkhidmatannya semalam.
Saksi yang berada di lokasi berkata terdapat dua buah helikopter terbang rendah berlegar-legar di kawasan UIA,dipercayai polis yang diarahkan untuk memantau demonstrasi yang bakal diadakan selepas solat Jumaat sebentar lagi.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengetuai demo menurut mesej yang dikirimkan melalui laman mikroblog Twitter semalam.
LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL
JALAN PULANG

Ghadhafi dah meninggal tetapi semangatnya hidup lagi di kalangan para pemimpin Malaysia. Kasihan anak-anak Malaysia yang menuntut kejujuran, keikhlasan dan kemurniaan di tanahair kita.
ReplyDelete