LAGI KEMARAHAN RAKYAT KEPADA MP PAKATAN
JANGAN SAMAKAN DEWAN RAKYAT DENGAN TAPAK FUN FAIR
Tahniah kepada 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya hadir ke pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru. Berjaya atau gagal dalam memperjuangkan satu Rang Undang Undang bukanlah satu persoalan yang sebenarnya. Bandingkan sahaja jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cuma amat kecewa bila jumlah kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang amat sedikit sewaktu pengundian belah bahagian dijalankan. Ini bukanlah pertama kali Ahli-Ahli Parlimen ini ponteng. Seolah-olah tiada keseriusan dalam menjalankan tugas.
Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Parlimen perlu berada di Parlimen sewaktu Dewan bersidang. Kita berhasrat untuk menjadikan institusi Parlimen Malaysia ini sebagai kelas pertama, kita menjanjikan reformasi sistem Legislatif negara namun dengan sikap suka ponteng, perkara ini sememangnya umpama mimpi Mat Jenin. Sudahlah kerap ponteng, prestasi di kawasan konstituen juga lemah. Rakyat beri amanah sebagai Ahli Parlimen. Rakyat tidak pernah peduli berapa gaji & elaun kamu tetapi kami hanya inginkan wakil-wakil kami di Dewan ini lebih berdisiplin dan tidak menganggap bahawa Dewan Rakyat yang mulia itu seperti tapak Fun Fair. Sesuka hati kamu hendak hadir, sesuka kamu untuk ponteng.
Rakyat melantik, membayar gaji anda bukan hanya sekadar untuk bercakap mengenai parti lawan semata-mata. Bukan untuk hadir di tempat-tempat ceramah dan jamuan makan malam sahaja. Parlimen dan Dewan Rakyat adalah merupakan tempat kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus faham, jangan kamu ingat oleh kerana kamu sekarang ini berada di pihak yang menentang rejim Pemerintah, maka tiada yang memerhati tindak tanduk kamu.
Apa yang anak muda mahukan adalah kedua-dua pihak mengamalkan politik nilai, politik amanah, politik secara baik. Kalau Ahli-ahli Parlimen ini tidak mengerti nilai kepentingan kehadiran di Dewan Rakyat, kan lebih baik kita tukarkan sahaja mereka ini dengan individu-individu yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik demi rakyat.
Ini merupakan bencana besar iklim politik Malaysia kerana kedua-dua belah pihak dilihat malas untuk berbahas persoalan dan rang undang-undang yang akan mengheret rakyat secara langsung ke dalam perlaksanaan rang undang-undang tersebut.Tambahan pula, Persidangan Dewan Rakyat bukanlah berlaku setiap bulan. Jadi, bukanlah satu alasan bagi Ahli-Ahli Parlimen ini untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai tugasan di kawasan konstituen masing-masing sewaktu tempoh persidangan.
Solidariti Anak Muda Malaysia mengambil inisiatif untuk memantau kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen ini ke setiap sesi Persidangan Dewan Rakyat agar kesemua Ahli Parlimen ini menyedari bahawa terdapat mata-mata yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka. Pendedahan mengenai disiplin kehadiran setiap Ahli Dewan Rakyat adalah perlu agar memastikan setiap Ahli Parlimen yang dilantik memenuhi kewajipan dan amanah yang digalas di bahu masing-masing dan bukannya hadir hanya apabila Ketua-ketua parti masing-masing hadir ke Parlimen, barulah Dewan Rakyat menjadi penuh sesak, tetapi lengang sebaik sahaja Ketua-ketua ini melangkah kaki meninggalkan bangunan Parlimen.AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Johor

No comments:
Post a Comment