steadyaku47

Wednesday 31 January 2018

MENGGUGAT AZMIN DAN SELANGOR


1.Masa depan dan percaturan politik Azmin dan Selangor banyak diperkatakan akhir2 ini.
2.Sebagai anak jati Selangor dan pernah terlbat aktif didalam politik negeri ini tentunya saya mengikuti perkembangan mutakhir ini secara dekat.
3.Saya tiada kepentingan selain daripada mahu pastikan negeri kelahiran saya Selangor ini terus maju dibawah pimpinan seorang MB yang berprestasi tinggi.
4.Hampir bulat dan sepakat pandangan penganalisa politik mengenai prestasi cemerlang Azmin sebagai seorang MB.
5.Malangnya disebuah negara seperti Malaysia ini prestasi tinggi sering datang dangan rasa cemburu dan irihati bukan sahaja dari lawan tapi juga kawan2 seperjuangan.Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh seorang pemimpin yang cemerlang seperti Azmin.
6.Sebenarnya prestasi cemerlang Azmin lebih awal sebelum beliau menjadi MB.Azmin pernah menjadi Pengarah Pilihanraya PKR dan prestasi parti semasa itu juga cemerlang.Saya menjadi Pengarah Pilihanraya pertama parti semasa ditubuhkan.Kita semua tahu kehadiran Azmin kedalam parti dan seterusnya memimpin jentera pilihanraya parti memberi nafas baru kepada parti ketika itu.
7.Pokoknya, jentera pilihanraya bukan sesuatu yang asing bagi Azmin.Beliau sudah terlalu masak dan lama bergelumang dengan karenah jentera pilihanraya.Beliau diminta parti memimpin jentera disaat paling sukar.Dan beliau berjaya memberi nafas baru kepada parti ketika itu.
8.Hairan disaat parti berkuasa pula ada orang mahu mempertikai keupayaan Azmin.Hampir semua dikalangan mereka yang riuh hari ini tidak ada pun di saat getir itu.Malah ada yang pada ketika itu dipihak lawan dan amat berkuasa.Mereka samada tidak tahu hakikat ini atau buat2 lupa dan tidak tahu.
9.Hakikat dan faktanya jelas bahawa Azmin sudah cukup masak dengan sepak terajang dan percaturan politik pilihanraya.Dia faham dan hafal sifirnya.Yang baru hari ini berjuang jangan cuba jadi jaguh dan kacau daun.
10.Azmin dan jenteranya tahu apa yang perlu dilakukan untuk menang.Azmin tahu caranya dan dia ada jalannya.
11.Makanya kalau mahu menang lagi di Selangor beri kepercayaan penuh kepada Azmin.Jangan diragui keupayaaannya.Melainkan memang ada dikalangan kawan2 sendiri yang tidak mahu Selangor menang.Kerana cemburu dan irihati kepada prestasi cemerlang Azmin dan pasukannya.
12.Mereka mahu Selangor kalah dan Azmin tumbang.Mereka ini adalah pengkhianat bertopeng pejuang.Sebaiknya mereka berhenti berkhianat sekarang sebelum rakyat Selangor bangkit menghumban mereka dari bumi Selangor ini.
13.Selangor bukan calang2 negeri.Selangor negeri maju dan berjaya.Negeri maju seperti Selangor ini tidak ada masa melayan karenah pengkhianat.Selangor negeri makmur yang tidak akan membenarkan dendam kesumat peribadi menghambat kejayaannya.
14.Rakyat Selangor dibawah pimpinan MBnya yang gigih bekerja untuk terus melakar kejayaan buat negeri bertuah ini tahu menjaga dan mempertahankan kejayaannya.Maka janganlah diganggu gugat Azmin dan Selangor dengan muslihat politik sempit yang merosakkan dan merugikan.


Mohamad Ezam Mohd Nor
30 Jan 2018 / 13 Jamadil Awal 1439H

No comments:

Post a Comment