steadyaku47

Tuesday 20 October 2009

cakap cakap.....tmnet streamyx standard kaki lima?



Kepada
Steadyaku47,

Saya adalah salah seorang pembaca setia artikal tuan serta selalu mengikuti artikal2 yang tuan tulis di laman web tuan. Saya ingin menghantar email diatas kepada tuan untuk meneliti serta bagi komen serta uploadkan di laman web tuan supaya pihak seperti kami dapat meluahkan perasaan kami yang selalu kecewa dengan pihak2 syarikat telekomunikasi yang sering mengambil kesempatan daripada pelanggan mereka. Saya walaupun membuat aduan kepada pihak2 berwajib (agency kerajaan) tetapi tidak ada mana2 pihak yang mengambil tindakan. Saya berharap tuan dapat memberi komen kepada email saya.

(Saya menghantar email ini dibeberapa laman web supaya semua orang yang menghadapi masalah yang sama boleh memberi komen kepada emai saya)


Sekian terima kasih.


Fw: TM Streamyx Syarikat Taraf 5 Bintang Tetapi Sistem Sokongan Teknikal Standard Kaki Lima
TM Streamyx Syarikat Taraf 5 Bintang Tetapi Sistem Sokongan Teknikal Standard Kaki Lima
20 October 2009 3:31:55 PM

From:


To:

Saya adalah salah seorang peniaga kecil-kecilan serta pelanggan malang syarikat TM Streamyx yang sering menghadapi masalah bila berurusan dengan pihak streamyx apabila wujud masalah dengan talian Streamyx yang sering tak stabil/lembab. Walaupun saya tak berpuas hati dengan talian yang lembab dan sering tak stabil, saya terpaksa menggunakan perkhidmatan TM Streamyx (talian tetap tunggal dinegara ini) kerana perniagaan saya bersangkut-paut dengan bidang IT. Setiap kali saya membayar bil streamyx, saya berasa seperti membayar untuk perkhidmatan setaraf seperti perniagaan pasar malam dengan bayaran begitu mahal.
                Kebelakangan ini, kami sering menghadapi masalah dengan talian streamyx yang terus putus dan kami sering tidak dapat access internet membuatkan kami kerugian dalam perniagaan kami. Masalah ini kami hadapi setiap bulan. Apabila saya menghubungi talian 100 untuk membuat aduan supaya masalah kami dapat diselesaikan dengan segera. Sebagai peniaga kecil-kecilan serta dengan keadaan ekonomi sekarang kami selalu tertekan dengan jawapan pihak streamyx yang tidak langsung bertanggungjawab pada pelanggan mereka. Pihak streamyx mempunyai berbagai-bagai jenis jabatan/bahagian tetapi saya berasa tidak walau satu jabatan pun membuat tindakan dengan segera yang menunjukkan mereka ini serius dalam kerja-kerja mereka. Saya berasa seperti mereka ini memakan gaji buta dan tidak langsung kisah terhadap syarikat mereka yang menonjolkan diri sebagai syarikat lima bintang tetapi sistem sokongan teknikal setaraf peniaga kaki lima ataupun lebih buruk dari itu. Janji-janji mereka kepada peniaga-peniaga seperti saya serta pelanggan tak berkorporat seperti berikut, mengikut turutan panggilan:
1.       Dail 100-pilih bahasa-pilih jabatan mana dan menunggu.
2.       Akan dijawab oleh pekerja streamyx: kena sebut nama, acc streamyx, no telepon bimbit, no talian tetap.
3.       Setiap kali masalah dengan talian streamyx kena mengulang balik prosidur-prosidur yang sudah basi dan kita ikuti juga dalam keadaan terpaksa walaupun pelanggan yang buta IT boleh pandai IT.
4.       Cuba periksa modem, network card, talian telepon, dail manual dan jika gagal
5.        Mengambil report dan memberi nombor report
6.       Tidak ada apa-apa tindakan selagi pelanggan tidak mengambil tindakan sendiri menghubungi mereka dan memaki-hamun. Yang hairanya katakan kali kedua kita menghubungi mereka, kita disuruh oleh mereka untuk mengulangi prosidur ke-empat seperti diatas, mereka ini tak tahu ke nak periksa sistem komputer mereka?
7.       Janji: Dapat selesaikan masalah dalam 2 hari kerja (peniaga seperti saya rugi pun tak apa, kena juga menunggu 2 hari)
8.       Janji: 24 jam dapat selesaikan masalah
9.       Alasan: Masih dalam siasatan
10.   Alasan: Masih dalam siasatan tahap 2
11.   Alasan: Masih dalam siasatan tahap 1
12.   Alasan: Pekerja teknikal cuti (pelanggan rugi pun tak apa)
13.   Alasan: Saya tidak dapat memberi jawapan tepat sekarang
14.   Alasan: Kami tidak boleh bagi direct line dengan ketua-ketua kami (ketua tengah tidur atau main golf pasal itu kot)
Perhatian: (Rumusan saya pada talian 100 ialah mereka ini  tidak dapat menolong menyelesaikan masalah pelanggan, mereka hanya memberi janji kosong atau alasan taraf budak sekolah tadika) – nasihat saya kepada TM tolong tutup jabatan yang hanya tahu memberi alasan dan janji-janji kosong  kerana mereka hanya makan gaji buta dengan duit kami
                Pada 18 september 2009 talian internet tidak langsung stabil iaitu pada pukul 10am kami membuka perniagaan kami , pada pukul 1pm talian streamyx terus putus dan kembali pulih pada waktu mala m bergantung berapa kali kami menghubungi pihak streamyx (100) dan memarahi mereka berkali-kali baru kami dapat kembali talian streamyx. Pada hari seterusnya berlaku juga perkara yang sama sehingga pada 24 Septembar 2009 talian streamyx putus pada pukul 1pm dan terus seperti itu sehingga kini. Apabila kami menghubungi pihak streamyx mereka memberitahu kami bahawa pihak teknikal sedang membetulkan/ membaiki  sehingga kini (ada seorang pekerja TM Streamyx berkata technician mereka masih cuti lagi) dan itulah jawapan yang sering saya dapati daripada mereka. Sehingga kini saya tidak tahu-menahu bilakah talian akan dipulihkan dan saya sebagai peniaga kecil-kecilan sedang mengalami kerugian (berpanjangan) pada setiap hari. Bagi mereka tak apa pelanggan yang rugi bukan syarikat rugi. (Talian dipulihkan dalam 2 jam sahaja pada hari kesebelas)
Saya sangat hairan kenapa pihak teknikal tidak langsung cuba menghubungi kami dan memaklumkan kepada kami apakah masalah dan mengapa masalah ini berpanjangan. Kalau ada yang hubungi pun untuk memberi  alasan sedang dalam proses membaiki tetapi keadaannya tetap sama, tidak ada talian internet (internet connection). Setiap kali saya hubungi pihak streamyx (100) mereka akan bertanya adakah nombor telepon bimbit saya betul seperti dalam sistem mereka dan setiap kali itulah saya bagitau mereka itulah nombor telepon bimbit saya. Tidak ada ke seorang pun di pihak streamyx  yang bertanggugjawab dan mengambil perhatian terhadap masalah pelanggan/ peniaga malang seperti kami?  Saya boleh jamin ramai pelanggan yang sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan streamyx dan sistem sokongan teknikal mereka kerana, pada akhir bulan kami tetap kena membayar bil TM walaupun perkhidmatan yang tidak memuaskan hati kami ataupun perkhidmatanya pada bulan berkenaan langsung tidak boleh guna pada beberapa minggu. Bagi pihak TM janji hujung bulan bayaran dibuat tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pelanggan seperti kami.
                Saya pernah mengalami masalah sebegini setahun lalu dan membuat rayuan (menghantar surat) kepada pihak streamyx supaya memberi  pampasan diatas kerugian yang saya alami terhadap perniagaan saya dan saya begitu terkejut dengan cara bagaimana pihak streamyx memberi pampasan kepada peniaga yang mengalami kerugian kerana disebabkan oleh perkhidmatan mereka. Pihak TM Streamyx membuat kiraan daripada jumlah bayaran bulanan bil bahagi 30 hari, itulah pampa san dan mereka menolak dari bil bulanan saya. Bermakna katakan saya kerugian beribu disebabkan oleh talian streamyx mereka, tetapi pihak streamyx hanya menolak dari jumlah bil bulanan bahagi 30 hari (Surat yang saya hantar kepada pihak Streamyx kali ini pun sama juga iaitu pampasan untuk 10 hari RM19.80). Ini bukankah namanya menganiaya peniaga-peniaga yang bergantung sepenuhnya kepada talian internet?
                Jika tidak membayar bil, talian akan dipotong, surat merah akan sampai, diganggu pihak pengutip wang seperti gaya along. Jika kita tidak membayar serta berdegil mereka akan ugut akan tarik kita ke mahkamah dan sebagainya. Tidak pernahkah pihak TM mengkaji mengapa ramai yang tidak ingin membayar bil yang tertunggak. Adakah pihak TM tidak tahu ata u buat-buat tidak tahu bahawa orang yang tidak ingin membayar bil tertunggak mereka kerana mereka tidak berpuas hati dengan layanan serta perkhidmatan taraf sungguh memalukan walaupun mempunyai standard syarikat lima bintang?
Saya ingin menasihatkan pihak TM tidak ada gunanya membuang duit membina bangunan pencakar langgit yang unik untuk menunjuk-nunjuk, menukar gaya canggih kedai telekom, menukar logo, menukar signboard canggih, membuka jabatan sokongan baru, membuka pejabat ditempat-tempat canggih, membuat iklan yang bertaraf antarabangsa tetapi pada penghujungnya saya tidak dapat bezakan syarikat  taraf kaki lima dengan  syarikat TM. Tolong gunakan duit itu untuk menaik-taraf bahagian teknikal.
Saya berharap pihak TM menaik-taraf sistem sokongan teknikal mereka tahap sekurang-kurangnya taraf nasional, tidak perlu taraf antarabangsa pun tak apa serta memberi sokongan terbaik kepada pelanggan-pelanggan setia mereka. Jangan asyik membuang masa dan tenaga untuk menonjolkan reka bentuk bangunan dan gaya yang canggih sahaja.  Jangan hanya memikirkan bagaimana hendak membuat keuntungan atas angin sahaja tetapi membuat keuntungan dengan cara memberi dan menerima dengan cara yang lebih beretika.
                Sikap sambil lewa pekerja-pekerja TM ini harus diberi perhatian yang sangat serius dan harus ditegur oleh ketua-ketua mereka. Pihak TM harus menghantar pekerja-pekerja mereka termasuk ketua-ketua jabatan serta CEO untuk meng hadari kursus-kursus motivasi, mengajar mereka betapa pentingnya pelanggan-pelanggan seperti kami ini kepada syarikat mereka kerana tanpa kami syarikat TM akan hilang dari carta bursa saham dengan kerugian berjuta ataupun berbillion ringgit kerana sikap tidak professional mereka. Kerana sikap beginilah syarikat-syarikat berbillion dollor pernah bankrap dinegara eropah beberapa tahun dahulu.
                Harapan saya TM cepat mengubah system sokongan mereka dan memberi  perkhidmatan yang adil dan memutu dengan apa yang kami membayar pada setiap bulan kepada mereka, sebelum kami sebagai pelanggan terpaksa memboikot beramai-ramai sehingga TM mengubah sikap sambil lewa mereka. Setiap kali surat begini terkeluar dalam surat khabar atau internet, pihak TM Str eamyx tergesa-gesa membalas surat seperti ini dengan memberi alasan murahan atau berwayang kononya pihak streamyx akan membuat siasatan (baru nak siasat) dan ambil tindakan secepat mungkin setiap kali ada orang menghantar email itulah janji mereka kepada pelanggan malang mereka. Saya pun merasa itulah jawapan paling murah mereka boleh janjikan pada pelanggan mereka pada masa yang akan datang tanpa apa-apa perubahan atau tindakan pun. (Surat yang baru-baru ini pun itulah janji pihak TM kepada kami, tetapi semalam iaitu pada 19 0ktober 2009 talian internet putus lagi) Semoga janji-janji kosong anda menjadi kenyataan dan harapan kosong kepada kami sebagai pelanggan malang.
Saya sebagai rakyat Malaysia, peniaga kecil-kecilan serta pengguna teraniaya juga berharap pihak kerajaan memandang serius perkara ini supaya peniaga-peniaga kec il seperti saya tidak mengulung tikar dalam masa terdekat ini kerana sikap tak professional syarikat-syarikat seperti ini menjalankan perniagaan mereka dengan memikirkan keuntungan sendiri tanpa mempedulikan masalah pelanggan mereka. Saya berharap pihak kerajaan boleh memberi kami pilihan yang terbaik dengan  meluluskan/memberi peluang kepada syarikat-syarikat telekomunikasi  lain untuk memberi saingan sihat kepada syarikat-syarikat seperti ini supaya pelanggan seperti kami ada peluang memilih produk/perkhidmatan yang terbaik kepada kami. Apabila syarikat tertentu memonopoli pasaran, beginilah kualiti yang kami sebagai pelanggan perlu hadapi. Marilah kita menghayati seperti kata-kata Perdana Menteri tercinta kita Datuk Seri Najib Tun Razak “Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”. Harapan besar saya ialah, pihak kerajaan dapat mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat seperti ini dengan memberi keutamakan kepada rakyat dan negara dengan semangat RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Update terbaru: Talian Internet putus kembali semalam iaitu 19-10-2009 waktu petang serta mereka berjanji akan memulihkan dalam masa 24jam. Kami menghubungi pihak 100 pada waktu pagi hari ini iaitu 20 oktober 2009 dan kami disuruh oleh mereka untuk pergi ke kedai TM untuk membuat aduan! kami tidak tahu bila  pekerja TM kerja kembali serta memulihkan talian internet untuk kami. Persoalan saya kali ini:
1. Berapa harikah kami harus menunggu serta menanggung kerugian kali ini?
2. Adakah pampasan sama juga?
3. Bila pekerja TM akan bekerja?
4. Untuk apa talian 100 kalau pelanggan harus pergi ke kedai TM untuk membuat aduan?
5. Bila TM akan mengubah sikap “memberi alasan”?
6. Bila syarikat TM berhenti membuat keuntungan atas angin?

Sekian, terima kasih!
Yang benar,
Pelanggan teraniaya yang terlalu kecewa

3 comments:

  1. Ini bukan cerita baru tentang Streamyx, ini cerita lama, cuma yang baru ialah komplen dan aduan, sedangkan perkhidmatan pelanggan Telekom Malaysia (TM) tetap berada di tahap lama, tahap yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil S.N.A.F.U - Situation Normal All Fuck Up, namun SNAFU inilah yang membolehkan TM berterusan mengeluarkan laporan tahunan yang semakin tahun sentiasa UNTUNG (dalam Bahasa Indonesia dipanggil TUTUT - Tanpa Usaha Tetap Untung Terus) malah telah menjadikan seorang CEOnya, Abdul Wahid Omar (atau nama manjanya AWO) memenangi anugerah CEO of The Year beberapa tahun yang lalu sebelum dia menjawat jawatan baru di Maybank sekarang.

    Kalau nak tahu inilah dia Telekom Malaysia yang mewarisi semua stesen-stesen pemancar telekomunikasi yang diwasiatkan dari bapanya Jabatan Telekom Malaysia sebelum bertukar menjadi sebuah badan koporat (atau keparat)yang bernama Telekom Malaysia Berhad.

    Masalah Streamyx memang tak akan selesai dalam tempoh terdekat walau setimbun mana aduan pun TM sudah lali, tuli dan "immune" dengan aduan sedemikian rupa. Sebabnya pertelagahan dalam TM yang sekian lama tak pernah selesai di kalangan kakitangannya sendiri antara NUTE (National Union of Telekom Employees) dan pihak pentadbiran TM.

    Kita ada pilihan ke? Bukan kah kita ada Celcom, Maxis dan Digi? Tapi Celcom sudah jadi milik TM. Namun kalau Maxis dan Digi pun menyewa stesen-stesen pemancar TM, maka apa makna itu semua kalau nanti masalah yang sama juga yang akan timbul. Yang baik mungkin menggunakan Wireless Broadband, tapi tak tahulah macam mana pula nak buat bisnes yang boleh untung dengan menggunakan Wireless Broadband.

    Terlanjur saudara telah membuat aduan sebegini panjang lebar penuh dengan butir terperinci, apa kata kalau saudara boleh dokumenkan segala bukti gangguan perkhidmatan yang saudara alami sebagai bahan bukti untuk saman TM di mahkamah.

    Diaorang ni selagi tak masuk court tak akan celik. Bila dah jadi kes mahkamah bukan TM aja yang gelabah, kerajaan BN ni pun akan gubra tak tahan dengan kesan sampingannya. Cubalah.

    ReplyDelete
  2. Ini bukan cerita baru tentang Streamyx, ini cerita lama, cuma yang baru ialah komplen dan aduan, sedangkan perkhidmatan pelanggan Telekom Malaysia (TM) tetap berada di tahap lama, tahap yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil S.N.A.F.U - Situation Normal All Fuck Up, namun SNAFU inilah yang membolehkan TM berterusan mengeluarkan laporan tahunan yang semakin tahun sentiasa UNTUNG (dalam Bahasa Indonesia dipanggil TUTUT - Tanpa Usaha Tetap Untung Terus) malah telah menjadikan seorang CEOnya, Abdul Wahid Omar (atau nama manjanya AWO) memenangi anugerah CEO of The Year beberapa tahun yang lalu sebelum dia menjawat jawatan baru di Maybank sekarang.

    Kalau nak tahu inilah dia Telekom Malaysia yang mewarisi semua stesen-stesen pemancar telekomunikasi yang diwasiatkan dari bapanya Jabatan Telekom Malaysia sebelum bertukar menjadi sebuah badan koporat (atau keparat)yang bernama Telekom Malaysia Berhad.

    Masalah Streamyx memang tak akan selesai dalam tempoh terdekat walau setimbun mana aduan pun TM sudah lali, tuli dan "immune" dengan aduan sedemikian rupa. Sebabnya pertelagahan dalam TM yang sekian lama tak pernah selesai di kalangan kakitangannya sendiri antara NUTE (National Union of Telekom Employees) dan pihak pentadbiran TM.

    Kita ada pilihan ke? Bukan kah kita ada Celcom, Maxis dan Digi? Tapi Celcom sudah jadi milik TM. Namun kalau Maxis dan Digi pun menyewa stesen-stesen pemancar TM, maka apa makna itu semua kalau nanti masalah yang sama juga yang akan timbul. Yang baik mungkin menggunakan Wireless Broadband, tapi tak tahulah macam mana pula nak buat bisnes yang boleh untung dengan menggunakan Wireless Broadband.

    Terlanjur saudara telah membuat aduan sebegini panjang lebar penuh dengan butir terperinci, apa kata kalau saudara boleh dokumenkan segala bukti gangguan perkhidmatan yang saudara alami sebagai bahan bukti untuk saman TM di mahkamah.

    Diaorang ni selagi tak masuk court tak akan celik. Bila dah jadi kes mahkamah bukan TM aja yang gelabah, kerajaan BN ni pun akan gubra tak tahan dengan kesan sampingannya. Cubalah.

    ReplyDelete
  3. Pilihlah kerajaan Barisan Nasional....Rakyat dibelakangkan, pencapaian dilongkangkan!

    ReplyDelete